Pantun merupakan salah satu jenis puisi
lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Dalam bahasa
Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda
dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai
umpasa (baca: uppasa). Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau
empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b. Pantun pada
mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang
tertulis. Pantun juga mempunyai peran.
Peran pantun :
Sebagai alat pemelihara bahasa, pantun berperan sebagai penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih orang berfikir asosiatif, bahwa suatu kata bisa memiliki kaitan dengan kata yang lain.
Secara sosial pantun memiliki fungsi pergaulan yang kuat, bahkan hingga sekarang. Di kalangan pemuda sekarang, kemampuan berpantun biasanya dihargai. Pantun menunjukkan kecepatan seseorang dalam berfikir dan bermain-main dengan kata.
Namun demikian, secara umum peran sosial pantun adalah sebagai alat penguat penyampaian pesan.
Syarat pantun :
- 1 bait terdiri dari 4 baris
- 1 baris terdiri dari 8 s.d. 12 suku kata
- bersajak a-b-a-b
- 2 baris atas adalah sampiran
- 2 baris bawah adalah isi.
JENIS-JENIS
PANTUN
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
Pantun
Dua Baris
Ada
ubi ada batas,
Ada
budi ada balas.
Sebab
pulut santan binasa,
Sebab
mulut badan merana.
Pantun
Empat Baris
Pulau
Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga;
Hancur
badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Nasi
lemak buah bidara,
Sayang
selasih saya lurutkan;
Buang
emak buang saudara,
Sebab
kasih saya turutkan.
Pantun
Enam Baris
Apa
didapat orang memburu,
Dapat
rusa jantan betina,
Sedang
bersembunyi di celah batu;
Bila
mendapat bunga yang baru,
Bunga
yang lama tiada berguna,
Adat
dunia sudah begitu.
Bukan
cempedak kami katakan,
Buah
delima dalam pasu,
Pisau
lipat baru diasah;
Bukankah
telah kami katakan,
Pandang
pertama cinta palsu,
Tiada
dapat dibawa bersusah.
[Petikan
daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1991, halaman 319]
Pantun
Lapan Baris
Rumpun
rotan di kota alam,
Ditebang
dibelah empat,
Tumbuh
serumpun di seberang,
Selasih
muara sungai;
Penglihatan
usah diperdalam,
Pandang
nan usah dipertepat,
Adik
di dalam tangan orang,
Maksud
rasa tak akan sampai.
[Petikan
daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
Pantun
Dua Belas Baris
Anak
jintayu dari hulu,
Disambar
ombak Laut Cina,
Dibawa
terbang ke perahu,
Hinggap
minum ke muara,
Anak
ikan berkeliaran;
Kamilah
tahu dari dahulu,
Adik
jauhari bijaksana,
Membuhul
tidak membeku,
Mengulas
tidak mengesan,
Meratap
langit dengan bicara,
Bumi
tidak ketirisan.
Rotan
sepatah dua patah,
Tarik
kerakap batang padi,
Dibawa
Sutan dari Judah,
Padi
yang jangan digemparkan,
Kalau
gempar antara gugur,
Bila
gugur masuk perigi;
Tuan
di Mekah di Madinah,
Naik
akhirat batu haji,
Tegak
berdiri Rasulullah,
Kami
yang jangan dilupakan,
Kalau
lupa antara tidur,
Dalam
tidur menjadi mimpi.
[Petikan
daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh,
Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]
Pantun
Berkait
Angsana
berpucuk di atas batu,
Pucuk
digangsa beribu-ribuan;
Ada
bunga di naung batu,
Kuntumnya
kaca tangkainya embun.
Pucuk
digangsa beribu-ribuan,
Kembang
diuca balik beroleh;
Kuntumnya
kaca tangkainya embun,
Dipandang
sahaja diambil tak boleh.
Kembang
diuca balik beroleh,
Tambang
garam di dalam sekoci;
Dipandang
sahaja diambil tak boleh,
Bertambah
geram di dalam hati.
[Petikan
daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1975, halaman 28]
KANDUNGAN
PANTUN MELAYU
Pantun merupakan satu puisi Melayu
sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan
berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula
boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat
pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada
empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian
sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud
pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat
pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah
empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Pembayang
atau Sampiran
Pembayang
terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang
pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris
berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud
atau Isi
Maksud
atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam
pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun
biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap
baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang
sama bilangannya.
Suku
Kata
Tiap-tiap
patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam
tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku
kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima
atau Bunyi
Rima
ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap
barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap
pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris
pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b
dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun
di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
Contoh
Pantun yang baik :
Pu/lau/
Pan/dan/ ja/uh/
ke/te/ngah/,
Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/
ti/ga/,
Han/cur/
ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/
yang/ ba/ik/
di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/
ber/galas/ ba/ik/
ti/dak/,
Bu/li/-
bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/
ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/
bu/di/ sa/ma/
di/ke/nang/.
Pantun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar